Isnin, 7 Mac 2011

ADAKAH MINYAK NAIK LAGI????

Harga RON95 perlu dikaji semula


KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini.

Pada masa ini hanya harga petrol RON97 yang didagangkan mengikut harga semasa minyak mentah dunia.

Tambah Yeoh, diharap trend kenaikan harga pasaran minyak mentah global itu bersifat sementara dan akan kembali stabil apabila krisis politik di Timur Tengah kembali reda.

Sementara itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kadar inflasi semasa ekoran kenaikan harga makanan dunia.

''Penganalisis ekonomi berpendapat, peningkatan harga makanan akan menyebabkan kadar inflasi tempatan melonjak melebihi tiga peratus pada tahun ini,'' jelasnya.

Ketika ditanya mengenai pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini, Yeoh berkata, prestasi Malaysia adalah baik dengan pertumbuhan dijangka pada paras enam peratus.

''Pertumbuhan kukuh akan disokong oleh pemulihan dalam sektor eksport serta harga komoditi yang kukuh,'' tambah beliau.

Selain itu, prestasi pasaran saham tempatan juga kekal positif dan dijangka mencecah paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.


Sumber: Utusan Malaysia

Khamis, 16 Disember 2010

Bersama pen, buku, nota dan prestigio

salam semua

dah lama aku tak update blog aku..sekadar tgk2 je...banyak perkara yang perlu diberi perhatian..
alhamdulliah, aku melanjutkan pengajian lagi..diharap dapat meningkatkan pencapaian akedamik aku untuk jangka masa panjang. Nak tak nak, dunia semakin berubah dengan pantas..sememangnya memang tepat sekali saranan PM kita menganjurkan "Transformasi" terhadap negara...

InsyaAllah aku akan kerap update blog aku ni..almaklum la...kembali menjadi pelajar kan...

Isnin, 30 Ogos 2010

Salam Kemerdekaan

salam semua...

salam kemerdekaan yang ke 53 dengan tema:



MENJANA TRANFORMASI


diharapkan semua dapat menghayati pengorbanan orang-orang lama yang banyak mengerah kudrat bagi memastikan negara ini aman dan tenteram. Kepada mereka yang cuba mengeruhkan keadaan, hentikan lah cubaan anda itu kerana akan memberikan kesan yang buruk dijangka panjang....!!!!!!!!!!

Ahad, 29 Ogos 2010

bersama yang tersayang...

lama tak upload cerita terkini...sibuk kebelakangan ini...

saya bersama si dia....

kami telah pergi zoo taiping... dia ckp saya percinta alam..