Rabu, 11 Ogos 2010

Berpuasa di bulan Ramadhan

Salam semua

Alhamdulillah, permulaan yang baik.. Begitu la berpuasa sebagai seorang tenaga pengajar merupakan sesuatu yang baru dalam hidup aku. Bermula dengan pagi hari yang menarik sakali. Rutin kebiasaan adalah dengan berserapan di kafe Menara Sultan Abdul Aziz Shah @ lebih dikenali Menara SAAS oleh semua pihak di UiTM Shah Alam. Manakan tidaknya, hanya 10 langkah dah sampai kafe.. Tidak kebiasaan, kawasan tumpuan ini lengang selengangnya.

Masa bergerak pantas, Jam pukul 6 petang, sekitar kawasan Menara SAAS dan fakulti berhampiran lengang..pemulaan ramadhan, semua mahu bersama keluarga. Tapi aku seorang bujang, tepi jalan pun aku boleh berhenti makan...

Ramadhan...datang lagi~~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan