salam semua...
salam kemerdekaan yang ke 53 dengan tema:
diharapkan semua dapat menghayati pengorbanan orang-orang lama yang banyak mengerah kudrat bagi memastikan negara ini aman dan tenteram. Kepada mereka yang cuba mengeruhkan keadaan, hentikan lah cubaan anda itu kerana akan memberikan kesan yang buruk dijangka panjang....!!!!!!!!!!
Isnin, 30 Ogos 2010
Ahad, 29 Ogos 2010
bersama yang tersayang...
Rabu, 11 Ogos 2010
Berpuasa di bulan Ramadhan
Salam semua
Alhamdulillah, permulaan yang baik.. Begitu la berpuasa sebagai seorang tenaga pengajar merupakan sesuatu yang baru dalam hidup aku. Bermula dengan pagi hari yang menarik sakali. Rutin kebiasaan adalah dengan berserapan di kafe Menara Sultan Abdul Aziz Shah @ lebih dikenali Menara SAAS oleh semua pihak di UiTM Shah Alam. Manakan tidaknya, hanya 10 langkah dah sampai kafe.. Tidak kebiasaan, kawasan tumpuan ini lengang selengangnya.
Masa bergerak pantas, Jam pukul 6 petang, sekitar kawasan Menara SAAS dan fakulti berhampiran lengang..pemulaan ramadhan, semua mahu bersama keluarga. Tapi aku seorang bujang, tepi jalan pun aku boleh berhenti makan...
Ramadhan...datang lagi~~~~

Sabtu, 7 Ogos 2010
Perkongsian Buku
Salam Semua
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA
Tajuk: Kontrak Sosial
Penulis: Abd Manaf Haji Ahmad
Cetakan dan Pengedar : Utusan Publication and Distribution
____________________________________________________________________
Aku ingin berkongsi buku bacaan yang baru aku beli dan habis dibaca.. dibeli di kedai buku UiTM Malaysia, Shah Alam. Sangat teruja isi kandungan dalam buku ini. Alhamdulillah, selepas pembacaan ini, saya telah menambah pengetahuan terhadap isu sebenar. Saya mencadangkan agar semua pembaca dapat membaca buku ini.
Secara kasarnya buku ini menerangkan secara teliti mengenai kemerdekaan negara..jadi saya cadangkan semua pihak mendapatkan buku ini..
Secara kasarnya buku ini menerangkan secara teliti mengenai kemerdekaan negara..jadi saya cadangkan semua pihak mendapatkan buku ini..
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA
Tajuk: Kontrak Sosial
Penulis: Abd Manaf Haji Ahmad
Cetakan dan Pengedar : Utusan Publication and Distribution
____________________________________________________________________
Lawatan akademik ke Pulau Pinang
Penang ku tuju.....
Rabu
Itulah tempat yang dilawati baru-baru ini ketika mengikuti lawatan akademik pelajar selama 3 hari 2 malam. Segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bertolak dari UiTM Malaysia jam 9.00 pagi melalui Lebuhraya Persekutuan dan selamat tiba di hotel penginapan jam 3 petang.
Jam 5.30 petang, aku menikmati Sup Hameed di hadapan hotel continental. Pertama kali melihat sup seperti berminyak akan tetapi selepas menikmati segalanya meleset sekali..tiada minyak melekat di bibir. Selesai makan petang, aku pulang segera ke hotel untuk bersiap sedia untuk aktiviti penerangan kepada para pelajar jam 8.30 malam. Taklimat diberikan secara ringkas dan lebih menitik beratkan soal persediaan untuk aktiviti kajian lapangan esok. Taklimat pelajar selesai jam 10 .30 dan aku pulang ke hotel penginapan.
Khamis
Jam 6.15 pagi, handset nokia N78 ku membunyikan locengnya. Seperti biasa, aku menghantar meseg "morning" kepada insan tersayang. Itu adalah aktiviti wajib kami berdua sejak berkenalan dulu. Selesai bersiap dan menunaikan subuh, aku menonton tv. Aku meminati motovasi pagi di TV3.
Aku kemudian turun ke menikmati sarapan pagi bersama pensyarah pengiring yang lain. Sempat bercerita pengalaman mengenai cara hidup masing-masing. Selesai semuanya kami menuju ke hotel penginapan pelajar sebelum ke tapak kajian menaiki bas.
Sampai di tapak, kami mendapat taklimat daripada pihak pengurusan. Kami di barisan pensyarah dan pelajar agak teruja dengan taklimat dan pembekalan maklumat yang diberikan oleh pihak pengurusan penyelenggaraan bangunan tersebut. Segala maklumat yang diberikan telah memudahkan tugas para pelajar.
Jam melewati 5 petang. Segala tugasan telah dilaksanakan dengan baik sekali. Semua pelajar agak kepenatan. Seterusnya terdapat ahli rombongan ingin menikmati makanan di Padang Kota Lama sambil melihat permandangan indah pantai. Selesai makan persembur dan limau panas aku bersama beberapa pelajar berjalan kaki pulang ke hotel penginapan.
Seterusnya aktiviti malam kami telah bergerak ke Batu Feringgi. Aku hanya membeli minuman kerana kurang berminat terhadap barang jualan. Selesai semuanya, kami pun pulang ke hotel penginapan. Sampai di hotel penginapan, aku teringin sangat menikmati Nasi Kandar BERATUR yang dihebahkan sedap. Berjalan sejauh 15 minit dari hotel penginapan, sampai di Jalan Kapitan Keling. Sahlah MEMANG BERATUR... Menikmati makanan sangat lah sedap sambil bebumbungkan langit terbuka. Selesai makan, kami pulang terus ke hotel penginapan.
Jumaat
Pagi ini cuaca sangat cerah..mentari menyinarkan cahayanya. Aku bersiap untuk membeli jeruk. Berjalan kaki sambil menikmati permandangan yang menarik. Namun sakit mataku melihat golongan yang "berpeleseran tiada rumah". Aku telah membeli beberapa packet jeruk sebagai buah tangan untuk keluarga.
Selesai membeli aku pulang ke hotel. Nak berehat sambil menonton Tv. Berkemas dan berkemas. Malas nak kemas. Tapi ia perlu dilakukan. Tengahari ini aku akan meninggalkan Pulau Pinang untuk pulang ke Shah Alam.
Tepat jam 1.00 petang aku dan pensyarah yang lain telah keluar dari hotel penginapan dan menuju ke bas. Tepat jam 2 petang, bas meluncur laju di jambatan pulau pinang sepanjang 7 km untuk pulang ke tanah besar dan seterusnya pulang ke Shah Alam..
Selamat tinggal Pulau Pinang, Pulai Mutiara

Kerjaya ku..
Salam semua..
Alhamdulillah, berkat doa dan usaha ku selama 2 tahun, aku tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM Malaysia, Shah Alam.
Alangkah leganya apabila kita berjaya menamatkan sesuatu dengan jayanya. Umpama kita memasuki acara larian berganti-ganti 4 x 400 meter. Bermula dengan larian 100 meter pertama hingga 100 meter terakhir segalanya berlaku dengan penuh teliti dan pantas sekali. Adakah aktiviti ini sesuai untuk aku samakan dengan pengajian ku.
Tanpa disangka sebelum tamat pengajian ijazah, aku telah mendapat tawaran kerja di Manjung, Perak. Selesai sahaja viva untuk thesis ku, aku bergegas pulang ke Manjung untuk menerima tawaran kerja di tapak tersebut. Tugas yang diamanahkan sangat mengujakan. Segala yang aku pelajari secara teori di peringkat universiti telah aku cuba praktiskan. Segalanya amat menarik dan aku selesa keadaan seperti ini.

Sambung pengajian...
Akan tetapi ada 1 perkara yang selalu bermain di benak pemikiran ku. Bila nak sambung master ni????
Aku perlu buat keputusan segera samada meneruskan kerjaya @ manyambung pengajian. Alhamdulillah aku mendapat tawaran sebagai pensyarah part time di UiTM Shah Alam. Ini langkah pemulaan yang baik untuk aku. Maka tanpa berlengah aku berhenti kerja dan bergegas ke Shah Alam. Semua perkara telah aku selesaikan. Aku juga telah berjumpa dengan beberapa individu yang sesuaikan dijadikan rujukan untuk bertanya beberapa persoalan yang wajar sebelum aku bertugas di UiTM.

Sudah beberapa bulan aku di UiTM Malaysia. Segalanya berjalan dengan baik sekali. Syukur segala seperti yang dirancangkan... Namun aku ada 1 misi lagi iaitu menyambung pengajian di peringkat master. Aku sedang melakukan beberapa penilaian sebelum meneruskan hasrat aku ini.. Akhir kata salam semua...
Pemulaan yang baru~~~~
Salam semua..
secara peribadi aku telah mempunyai blog sendiri. Akan tetapi kesemua maklumat dan penulisan ku telah dibuang dari laman ini. Dengan harapan aku mengharapkan blog aku ini akan dapat menyampaikan maklumat kepada pihak-pihak yang berminat. Akhir kata, salam perjuangan kepada semua dan jumpa lagi..

Langgan:
Catatan (Atom)