Sabtu, 7 Ogos 2010

Lawatan akademik ke Pulau Pinang

Penang ku tuju.....

Rabu

Itulah tempat yang dilawati baru-baru ini ketika mengikuti lawatan akademik pelajar selama 3 hari 2 malam. Segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bertolak dari UiTM Malaysia jam 9.00 pagi melalui Lebuhraya Persekutuan dan selamat tiba di hotel penginapan jam 3 petang.

Jam 5.30 petang, aku menikmati Sup Hameed di hadapan hotel continental. Pertama kali melihat sup seperti berminyak akan tetapi selepas menikmati segalanya meleset sekali..tiada minyak melekat di bibir. Selesai makan petang, aku pulang segera ke hotel untuk bersiap sedia untuk aktiviti penerangan kepada para pelajar jam 8.30 malam. Taklimat diberikan secara ringkas dan lebih menitik beratkan soal persediaan untuk aktiviti kajian lapangan esok. Taklimat pelajar selesai jam 10 .30 dan aku pulang ke hotel penginapan.

Khamis

Jam 6.15 pagi, handset nokia N78 ku membunyikan locengnya. Seperti biasa, aku menghantar meseg "morning" kepada insan tersayang. Itu adalah aktiviti wajib kami berdua sejak berkenalan dulu. Selesai bersiap dan menunaikan subuh, aku menonton tv. Aku meminati motovasi pagi di TV3.

Aku kemudian turun ke menikmati sarapan pagi bersama pensyarah pengiring yang lain. Sempat bercerita pengalaman mengenai cara hidup masing-masing. Selesai semuanya kami menuju ke hotel penginapan pelajar sebelum ke tapak kajian menaiki bas.

Sampai di tapak, kami mendapat taklimat daripada pihak pengurusan. Kami di barisan pensyarah dan pelajar agak teruja dengan taklimat dan pembekalan maklumat yang diberikan oleh pihak pengurusan penyelenggaraan bangunan tersebut. Segala maklumat yang diberikan telah memudahkan tugas para pelajar.

Jam melewati 5 petang. Segala tugasan telah dilaksanakan dengan baik sekali. Semua pelajar agak kepenatan. Seterusnya terdapat ahli rombongan ingin menikmati makanan di Padang Kota Lama sambil melihat permandangan indah pantai. Selesai makan persembur dan limau panas aku bersama beberapa pelajar berjalan kaki pulang ke hotel penginapan.

Seterusnya aktiviti malam kami telah bergerak ke Batu Feringgi. Aku hanya membeli minuman kerana kurang berminat terhadap barang jualan. Selesai semuanya, kami pun pulang ke hotel penginapan. Sampai di hotel penginapan, aku teringin sangat menikmati Nasi Kandar BERATUR yang dihebahkan sedap. Berjalan sejauh 15 minit dari hotel penginapan, sampai di Jalan Kapitan Keling. Sahlah MEMANG BERATUR... Menikmati makanan sangat lah sedap sambil bebumbungkan langit terbuka. Selesai makan, kami pulang terus ke hotel penginapan.

Jumaat

Pagi ini cuaca sangat cerah..mentari menyinarkan cahayanya. Aku bersiap untuk membeli jeruk. Berjalan kaki sambil menikmati permandangan yang menarik. Namun sakit mataku melihat golongan yang "berpeleseran tiada rumah". Aku telah membeli beberapa packet jeruk sebagai buah tangan untuk keluarga.

Selesai membeli aku pulang ke hotel. Nak berehat sambil menonton Tv. Berkemas dan berkemas. Malas nak kemas. Tapi ia perlu dilakukan. Tengahari ini aku akan meninggalkan Pulau Pinang untuk pulang ke Shah Alam.

Tepat jam 1.00 petang aku dan pensyarah yang lain telah keluar dari hotel penginapan dan menuju ke bas. Tepat jam 2 petang, bas meluncur laju di jambatan pulau pinang sepanjang 7 km untuk pulang ke tanah besar dan seterusnya pulang ke Shah Alam..

Selamat tinggal Pulau Pinang, Pulai Mutiara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan