Salam semua..
Alhamdulillah, berkat doa dan usaha ku selama 2 tahun, aku tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM Malaysia, Shah Alam.
Alangkah leganya apabila kita berjaya menamatkan sesuatu dengan jayanya. Umpama kita memasuki acara larian berganti-ganti 4 x 400 meter. Bermula dengan larian 100 meter pertama hingga 100 meter terakhir segalanya berlaku dengan penuh teliti dan pantas sekali. Adakah aktiviti ini sesuai untuk aku samakan dengan pengajian ku.
Tanpa disangka sebelum tamat pengajian ijazah, aku telah mendapat tawaran kerja di Manjung, Perak. Selesai sahaja viva untuk thesis ku, aku bergegas pulang ke Manjung untuk menerima tawaran kerja di tapak tersebut. Tugas yang diamanahkan sangat mengujakan. Segala yang aku pelajari secara teori di peringkat universiti telah aku cuba praktiskan. Segalanya amat menarik dan aku selesa keadaan seperti ini.

Sambung pengajian...
Akan tetapi ada 1 perkara yang selalu bermain di benak pemikiran ku. Bila nak sambung master ni????
Aku perlu buat keputusan segera samada meneruskan kerjaya @ manyambung pengajian. Alhamdulillah aku mendapat tawaran sebagai pensyarah part time di UiTM Shah Alam. Ini langkah pemulaan yang baik untuk aku. Maka tanpa berlengah aku berhenti kerja dan bergegas ke Shah Alam. Semua perkara telah aku selesaikan. Aku juga telah berjumpa dengan beberapa individu yang sesuaikan dijadikan rujukan untuk bertanya beberapa persoalan yang wajar sebelum aku bertugas di UiTM.

Sudah beberapa bulan aku di UiTM Malaysia. Segalanya berjalan dengan baik sekali. Syukur segala seperti yang dirancangkan... Namun aku ada 1 misi lagi iaitu menyambung pengajian di peringkat master. Aku sedang melakukan beberapa penilaian sebelum meneruskan hasrat aku ini.. Akhir kata salam semua...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan